Friday, June 26, 2020

Nasi Goreng Tomyam

Bahan-Bahan


(untuk ditumis)
3 Ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar/ bawang holland - dihiris
sehiris lengkuas
1 batang serai - dihiris
4 helai daun limau - diracik halus
3 biji cili padi + 1 biji cili merah


Bahan Lain
1 s/b pes tomyam
1 s/b cili boh
segenggam ikan bilis
1 s/k sos ikan
1 s/k air asam limau


Goreng ikan bilis dan lauk2 lain yg ingin dimasukkan ke dalam nasi. - ketepikan


Panaskan 2 s/b minyak masak, tumiskan pes tomyam+cili boh (tumis sampai garing)


Masukkan serai+lengkuas


Masukkan bawang besar+cili (tumis sampai pecah minyak lebih kurang 5mt api kecik)


Masukkan nasi yg telah diramas (lebih kurang 3 cawan nasi) -kacau sebati


Masukkan 1 s/k garam+ 1s/kgula



Masukkan (sosej+ikan bilis yg telah digoreng tadi),
Daun limau 

Masukkan 1 s/k sos ikan + 1 s/k air limau
(kacau sebati 5 minit-api sederhana)

DAH SIAP!

SELAMAT MENJAMU SELERA!!!

P/S: Makan bersama sambal belacan dan timun







Sunday, June 7, 2020

Jeruk Mangga Asam Boi



5 biji mangga
15 biji asam boi
10 biji cili padi
1/2 sudu kecil garam
1 sudu gula



masukkan dalam peti semalaman. Esok dah boleh makan. Yummyyyy!!!!!!


Thursday, June 4, 2020

Kek Coklat Lembab Kukus (Sukatan Cawan)

Resepi ni saya ambil di facebook BUAT ORANG LAPO. Untuk sesape yang nak belajar membaking atau masak, boleh rujuk FB ni...resepinya senang dan mudah faham. Dan paling penting, insyaAllah..kompem menjadi

Bahan-Bahan
3/4 cawan gula
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas


Cara-Cara
  1. Masukkan gula + telur = mix sampai gebu
  2. Masukkan garam + soda bikarbonat + esen vanila + minyak + susu pekat
  3. Mix sampai kental
  4. Masukkan tepung  + serbuk koko yang dah diayak ---> kaup balik je
  5. Masukkan air panas ---> kaup balik hingga sebati
  6. (sebelum tu jangan lupa panaskan periuk kukusan terlebih dahulu)
  7. Oleskan bekas dengan marjerin
  8. Masukkan adunan ke dalam bekas
  9. Kukus selama 40minit

tak sempat nak bertopping dah kena makan dah


sekejap je dah tinggal separuh

-=Bahan-bahan Toping Coklat=-
250 gram coklat masakan
1 sudu besar mentega
3/4 cawan krim putar tenusu@susu cair
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan masakkan secara double boil. Kacau sehingga coklat cair.
p/s: Boleh tambah krim putar sedikit demi sedikit jika mahu topping yang lebih cair.