Thursday, June 4, 2020

Kek Coklat Lembab Kukus (Sukatan Cawan)

Resepi ni saya ambil di facebook BUAT ORANG LAPO. Untuk sesape yang nak belajar membaking atau masak, boleh rujuk FB ni...resepinya senang dan mudah faham. Dan paling penting, insyaAllah..kompem menjadi

Bahan-Bahan
3/4 cawan gula
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas


Cara-Cara
  1. Masukkan gula + telur = mix sampai gebu
  2. Masukkan garam + soda bikarbonat + esen vanila + minyak + susu pekat
  3. Mix sampai kental
  4. Masukkan tepung  + serbuk koko yang dah diayak ---> kaup balik je
  5. Masukkan air panas ---> kaup balik hingga sebati
  6. (sebelum tu jangan lupa panaskan periuk kukusan terlebih dahulu)
  7. Oleskan bekas dengan marjerin
  8. Masukkan adunan ke dalam bekas
  9. Kukus selama 40minit

tak sempat nak bertopping dah kena makan dah


sekejap je dah tinggal separuh

-=Bahan-bahan Toping Coklat=-
250 gram coklat masakan
1 sudu besar mentega
3/4 cawan krim putar tenusu@susu cair
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan masakkan secara double boil. Kacau sehingga coklat cair.
p/s: Boleh tambah krim putar sedikit demi sedikit jika mahu topping yang lebih cair.

No comments: